Bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara paling mustahak untuk diberi keutamaan iala kulit yang cantik.  Kosmetik atau makeup bersifat sementara dan tidak sepatutnya digunakan untuk menutup kulit yang rosak. Perbuatan begini akan menyebabkan kerosakan kulit bertambah teruk. Bukankah lebih baik untuk menangani masaalah kulit sebelum bertambah rosak dari membiarkannya lebih teruk sehingga sukar merawatnya, Tetapi yang amat menyedihkan ialah apabila wang dan masa yang banyak dihabiskan untuk mencantikkan kulit namun harapan bertukar menjadi ingauan.............
Zai's Beauty Formula Rahsia Kecantikan Warisan DiRaja
Sebelum memberi petua kecantikan izinkan saya memberi beberapa nasihat supaya dalam kegairahan kita menuju jalan kearah "diri yang lebih cantik",  kita tidak keterlaluan dan berlebih lebihan sehingga membawa bencana pada diri dan paling penting jangan pula taksub sehingga jika apa yang dihajati tidak dapat, terus hilang motivasi diri dan sedih tak ketahuan.
Kenal Siapa Ini
Kalau Dah cantik Nak Cantik Lagi ...
Beginilah jadinya

Berlebihan suntikan Botox, Kolagen boleh jadikan diri tua sebelum masa.
Petua Paling Utama
Sayangilah wajah anda dan sukailah rupa anda seperti yang telah dianugerahkan Allah swt. Bersedialah dari sekarang untuk tetap menyukainya apabila sudah tua nanti. Bersyukurlah.

Pengalaman melebihi 25 tahun dalam bidang kecantikan mengajar saya iaitu wanita yang kelihatan anggun dan cantik semasa lanjut usianya ialah mereka  yang  menyukai wajahnya dan menerima kekurangan yang ada pada rupanya semasa muda.

Jika sepanjang hayat kita asyik memberi tumpuan pada kekurangan diri, sudah tentu kita tidak dapat memperhebatkan kelebihan yang ada pada rupa kita. Dan bukankah orang yang sentiasa tidak berpuas hati hidupnya akan dapat kita lihat wajahnya sentiasa sugul dan masam , Bayangkan jika setiap hari seseorang itu mukanya begitu, Bagaimana agaknya 10 tahun kemudian? Tentu sekali muka lebih berkedut, bibir lebih jatuh kebawah  dan dahi lebih kerepot berbanding dengan seorang wanita yang dari muda sentiasa tenang dan bersyukur, maka terbitlah airmuka yang sentiasa tersenyum manis, wanita ini tentu sekali apabila tua kelak akan kelihatan jauh lebih muda dan menarik.


Inilah pesanan nenda saya kepada saya dahulu:
Saat kita berhenti dari melihat kekurangan rupa paras kita dan saat kita
berhenti dari mahu kelihatan seperti wanita cantik idaman kita, maka Pada masa itulah Kita tahu yang kita juga boleh kelihatan lebih cantik. Berhentilah dari berbandingkan diri kita dengan oranglain".
Mengelakkan Muka Sembab Dan Menjadikan Wajah Berseri


Ada beberapa petua yagn boleh saya kongsikan disini. Cubalah yang mana satu  lebih mujarab untuk anda.

1] 1 biji putih telur, 1/4camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, sebiji limau nipis(perah dan ambil airnya) 5 kuntum bunga melor sedang mekar, dan 5 biji badam(kupas kulitnya). Kesemua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang mampu.

2] Beras 1/2kg, 3 biji limau nipis (ambil airnya). Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam.
Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan (filter) secukup rasa (pekatan macam tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan lahan sehinggga kering dan kemudian bilas.

3] Air kelapa muda 1/2 gelas kacau dengan sebiji telur ayam kampung dan minum pada waktu tengahhari. Amalkan 3 hingga 5 kali seminggu.
Muka Sembab kurang menarik. Wajah kelihatan lesu dan tidak bermaya. Umpama orang yang baru bangun tidur. Orang orang tua berkata, muka sembab ialah akibat tidur pada siang hari dan bangun pagi setelah naik matahari. Untuk mengelakkan rupa yang sebegini, janganlah kerap lakukan seperti diatas dan cubalah amalan berikut.
Untuk menghilangkan kedut, menegangkan kulit:

Kadangkala masaalah kedut dan geleber bukan terjadi kerana usia semakin tua. Pelbagai faktor menjadikan seseorang itu cepat dimakan usia. Faktor banyak terdedah pada matahari, merokok, kerap bersalin, tidur yang tidak mencukupi, "stress" akibat tekanan perasaan dan persekitaran, dan yang amat ketara sekarang ini ialah bahan kimia dalam produk kecantikan. Janganlah tua sebelum usia.

Bagi anda yang mempunyai masaalah kulit berkedut atau geleber. Selain dari memastikan menjauhi perkara perkara diatas, cubalah petua berikut:

10liter air dicampur dengan 500gm daun teh(terbaik jika dapat menggunakan "white tea" jenis daun teh cina yang tidak diproses peram). Dicampur dengan 300gm gambir. Rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga air tinggal separuh. Embunkan semalaman 3 malam berturut turut, sebelum matahari terbit, sapukan pada kulit muka dan leher. Lakukan setiap pagi dan lihatlah hasilnya.

2] Atau anda juga boleh mencuba petua ini yang juga boleh menambahkan seri wajah. Ambil sebesar ibujari lempuyang wangi, kunyit juga sebesar ibujari. Bersihkan dan kisar halus, campurkan 1 gelas air, Ramuan dibahagi 2 untuk 2 kali minum. Campur madu dan kuning telur pada bahagian yang hendak diminum dahulu.

3] Boleh juga anda mencuba rangkaian petua lama yang juga boleh digunakan  untuk mengekalkan awet muda. Selang selikan amalanya.

A] Daun Katuk atau Cekur Manis 10 lebar dikisar lumat. Campurkan dengan 1/2 cawan air yang dimasukkan pecahan hempedu ayam. Ratakan pada wajah dan biarkan 10minit dan bilas bersih. Lakukan setiap malam.

B] Campurkan 1 biji kuning telur dengan 1 camca teh minyak bijan. Sapu pada wajah . Biarkan kering dan bilas bersih.

C] Ambil pisang embon 2 biji. Lumatkan bersama 1/4 cawan susu. Ratakan pada muka. Bila kering bilas bersih.

D] Kulit dari 2 biji pisang dikikir dalamnya sehingga tinggal kulit luaran sahaja. Jika kulit anda jenis kering, Kisarkan atau (blender) dengan 1/4 cawan susu, jika kulit jenis berminyak, kisarkan dengan 1/4 cawan campuran tepung beras dan air. Guna kapas dan lumur perlahan lahan sehingga 5 minit. Biarkan kering dan bilas.


Untuk Menghilangkan kesan parut:

Ada pelbagai jenis parut yang mencelakan kulit wajah. Antara parut mencacatkan kecantikan kulit ialah,Parut berlubang bekas jerawat atau bekas demam campak, parut berwarna akibat melecur atau terbakar dan parut bewarna akibat trauma pada kulit seperti jerawat, gigitan serangga dan pelbagai kecederaan pada kulit.

Disini saya berkongsi pelbagai cara menangani masaalah parut. Cubalah amalan berikut mengikut parut yang dihadapi oleh anda. Perlu diingati adalah lebih baik untuk menghindar dari berlakunya parut kerana apabila wajah dah tercela parut agak sukar dan mengambil masa untuk menghilangkannya. Cegah sebelu terjadi.

* Parut akibat jerawat boleh dihindari dengan memastikan anda jangan sekali kali memicit jerawat atau membenarkan oranglain memicitnya terutama apabila berkunjung kesalun kecantikan.
Di Salun Alam Kecantikan Zai's Beauty Formula, kami langsung tidak memicit jerawat atau menggunakan besi penekan jerawat. Ramuan tertentu digunakan dan dengan mudah dan lembut dapat mengecutkan jerawat dengan mudah tanpa memicitnya. Memicit jerawat menyebabkan kerosakan kulit lebih teruk dan mengakibatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak, ini mneyebabkan jerawat bertambah banyak dan muka dipenuhi parut.
Daun Ketuk atau Cekur Manis
Daun Cekur
Parut Berlekuk:

1] Ambil sebiji timun, buang kulitnya. Kisar dan tapiskan airnya. Ambil hampas dan tempelkan pada muka. Tunggu 1/2 jam dan bersihkan.

2] 2 helai daun sireh muda dikisar dan di tempelkan pada parut. Tunggu hingga kering dan bilas.

3] Ambil segenggam Daun Pengaga bersama akarnya sekali dan kisar lumat. Campurkan dengan sedikit campuran tepung beras (1 camca teh tepung beras dilarutkan dengan 3 sudu makan air). Lumurkan dan biarkan semalaman.

Amalkan 3 kali seminggu


Parut Hitam atau Berwarna:

5 helai daun cekur dikisar halus dan dicampur dengan (1 camca teh penuh tepung beras dicabancuh dengan 2 sudu besar air). Satukan dan ratakan pada bahagian parut. Biarkan semalaman. Amalkan selalu.
Petua Mencerah, Menghalus dan Melicinkan kulit:

1] Satu biji buah tomato masak dicampur 1 camca teh susu tepung. Lenyekkan dan perlahah lahan gosokkan pada muka dan leher. Lihat sahaja hasilnya. Lakukan 3-5 kali seminggu.

2] 1/2 genggam kacang hijau dicampur 1/2 genggam kacang dhal, rendam semalaman. Keesokan harinya dikisar bersama yogurt. Ratakan pada muka dan leher, tunggu kering dan bilas. Lakukan seberapa kerap yang boleh.

3] Sebiji timun dibuang kulitnya dikisar, tapiskan. Ambil airnya sapu pada kulit muka dan dibiarkan 20min. Bilas dengan air bersih.

4] 1 biji sengkuang dan 1 biji karot dikupas. Rendam segenggam beras untuk 3 malam. Kesemua bahan ini dikisar halus. Sapukan pada muka setiap hari untuk 20-30minit dan bilas.

5] Semasa tanak nasi dan apabila nasi hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi(cecair likat). Lumurkan pada muka dan leher sewaktu masih suam. Biarkan kering dan bilas.

6] 1 biji kentang, buang kulit dan campur dengan 1 biji kuning telur. Lumurkan pada muka dan bila kering terus bilas bersih dengan air suam.
Anak beruk di kayu rendang,
Turun mandi di dalam paya,
Hodoh buruk di mata orang,
Cantik manis di mata saya.
Budi Baik Dipandang Jua.
Tomato
Menangani Masaalah Kulit Kering

Jangan sekai kali menggunakan bahan berbuih atau sabun pada muka alamat cepat berkedut dan tua. Produk mengandungi alkohol juga perlu dijauhi. Toner juga perlu dijauhi kerana mengandungi kandungan alkohol atau "astringent" yang menambahkan lagi kekeringan kulit. Jika tidur menggunakan penghawa dingin, pastikan sentiasa ada semangkuku air bersih berhampiran katil.
Sila cuba petua berikut.
1] Satu camca madu asli dihangatkan dan sapu perlahan lahan pada muka menggunakan jari. Lakukan 10minit. Bilas dengan air suam dan terus bilas sekali lagi dengan air ais.

2]Satu camca besar Susu tepung dikacau dengan sedikit air. Ratakan pada muka. Biarkan sehingga kering dan bilas, terus diikuti dengan bilasan air ais.

3] Sebiji Mangga, elok yang lembik. Kupas dan kisar lumat. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Bilas dengan air.

4] Selain dari khasiat untuk kulit kering, petua ini juga penyeri wajah:
Ambil sekuntum bunga mawar segar sebelum habis subuh. Ambil embunnya disapu pada muka dengan selawat dan niat. Lakukan tiga kali. Emudian dengan tangan kanan genggam dan hancurkan bunga tersebut selumat boleh, dan sapu rata pada muka. Jangan dibilas.
Jika Kulit Muka Anda Berminyak Cuba Petua Ini:
Anda juga dinasihatkan jangan cuba menghilangkan minyak dengan menyental kulit wajah menggunakan scrub atau menggunakan pencuci berbuih dan produk beralkohol kerana cara "kasar" begini akan hanya membuat kulit anda mengeluarkan lebih banyak minyak. Secara logiknya, cuba anda bayangkan, jika kulit yang sememangya mempunyai minyak, tiba tiba berasa kering, tentu sekali mengikut proses semulajadi, kulit akan bertindak untuk bekerja lebih kuat dan kali ini akan mengeluarkan lebih banyak minyak. Itulah sebabnya anda berasa ganjil kenapa walaupun menggunakan produk yang khas untuk kulit berminyak tetapi hanya pada mulas penggunaan sahaja terasa selesa, memebrap jam kemudian kulit anda berminyak semula dan masaalah ini tak akan selesai. Itu sebabnya saya selalu memberi nasihat iaitu proses penjagaan dan rawatan kulit seharusnya mengikut proses semulajadi fisiologi kulit. Barulah berkesan menangani masaalah kulit.

Tips: (sesuatu produk walaupun tidak ditulis pada labelnya mengandungi alkohol tetapi jika kulit terasa sejuk apabila diletakkan produk, itu menunjukkan produk tersebut mengandungi alkohol)
1] Daun Peria 1  helai, cuci bersih dan ramas. Perlahan lahan sapukan pada kulit sebelum tidur.

2] Segenggam Daun Saderi dikisar halus dengan sedikit air. Sejukkan dan sapu rata pada kulit. Bila kering bilas.

3] Segenggam Daun Bayam dikisar halus dengan sedikit air. Campurkan sebiji kuning telur dan 1 camca teh madu lebah. Tempekkan pada muka dan biarkan 30 minit sebelum bilas.
Peria
Mangga
Petua Menangani Masaalah Jerawat:

1] Segenggam Pucuk jambu batu dikisar lumat. (Satu sudu besar tepung beras dibancuh dengan sedikit air) atau (2 sudu besar beras rendam 2 malam dikisar - ini lebih baik dari bancuhan tepung beras kerana dikhuatiri keasliannya). Campurkan Pucuk Jambu batu dan beras. Tempelkan pada bahagian jerawata sebelum tidur. Jadikan amalan harian.

2] Beberapa helai pucuk daun tanjung dikisar dengan pucuk bunga raya putih. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Bilas bersih.

3] Beberapa helai daun belimbing buluh dan 1 biji buah belimbing buluh tua dikisar dengan 1 camca teh tepung beras dan sedikit air (untuk mudahkan dikisar). Tempelkan pada jerawat sebelum tidur. Amalkan selalu.

4] Ambil sebatang daun lidah buaya, bersihkan dan rebus dengan api yang perlahan sehingga lembik. Keluarkan lendirnya dan sapukan pada bahagian jerawat sebelum tidur.

5] Segenggam daun inai dimasak dengan segenggam kacang dal(rendam semalaman kacang dal) dengan 4 gelas air. Didihkan dengan api perlahan sehingga likat. Sejukkan dan gunakan untuk bahagian jerawat.
Daun Bunga Tanjung
Anda Menghadapi Masaalah Jeragat dan Pigmentasi? Cubalah Petua petua ini:

1] 1 sudu besar beras yang direndam semalaman. 7 helai daun melati, 7 helai daun kemuning dan sedikit ibu kunyit. Kesemuanya dikisar lumat. Sehari sekali sebelum mandi sapukan pada muka, bila kering bilas. Lakukan setiap hari.

2] Beberapa putik jambu batu dicampur putik bunga melor dikisar dan ditempelkan pada muka. Biarkan 30minit sebelum dicuci. Amalkan selalu.

3] Seketul UbiKayu dan Seketul Carot diparut halus. Campurkan sedikit perahan limau nipis. Gaul rata. Sapukan pada muka dan biarkan kering.

4] Beberapa helai daun sireh muda dicampur dengan daun teh(rendam dengan air panas dan biarkan semalaman) Kisar kesemuanya dan sapu pada muka seperti masker. Biarkan kering dan bilas dengan air ais.
Daun Kemuning
Daun Melati
 
Sila Ke Atas
Sila Ke Atas
Sila Ke Atas
Sila Ke Atas
Untuk
Sebarang Pertanyaan Sila Klik DiSini