Ruangan Soal Jawab Kecantikan
Puan Irdawati dari Sabak Bernam (umur 29 tahun):

“Saya baru lepas bersalin anak ke 2, masa lahir anak pertama, saya amalkan makan jamu, tapi bayi kerap cirit-birit, kerap deman dan badan panas. Saya nak tahu dan ingin mencuba set produk bersalin”.

Ruangan ini disediakan khas untuk anda bertanya mengenai masaalah kecantikan. Soalan anda akan dijawab oleh Pakar Perunding Kecantikan Zai's Beauty Formula. Semuga sedikit sebanyak dapat membantu anda dan bersama sama kita perluaskan lagi pengetahuan tentang kecantikan....
Jawapan :

Jamu tidak elok di ambil kerana panas dan boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan dan sembelit.

Disebabkan ianya panas, ia menggalakkan sel-sel badan dan kulit cepat mati dan ia juga menggalakkan seseorang wanita putus haid dengan cepat dan bahagian cepat kering.

Juga dikhuatiri termakan jamu-jamu yang mengandungi steriod serta bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan jangka masa panjang di mana kaum ibu akan di jangkiti penyakit-penyakit yang tidak dapat di ubati seperti kanser dan sebagainya. Kemungkinan juga berisiko terhadap bayi yang akan di lahirkan kemudian.

Boleh menyebabkan seseorang wanita lebih cepat tua dan kerepot.


                                      Rekomendasi untuk wanita lepas bersalin

Jus Tamusari - guna pada vagina sebagai pembersih, dapat mengetatkan bahagian otot-otot tepi yang rongeh atau berkedut. Bagus untuk masalah keputihan yang banyak dan mengurangkan bau pada vagina, gatal, radang, ruam dan jangkitan kuman dan melecet.

Jus Nilamsani - memejalkan kulit dan mengemaskan bentuk dan potongan badan, memulihkan rahim, mempercepatkan luka-luka dalaman, menggalakkan pengeluaran susu yang banyak, mengetatkan otot vagina, kuatkan kemutan dan sebagainya.

Jus Puree Ratna Suri - mengawal kolesterol, memperbaiki metabolisma, mengurangkan selera makan dan menambahkan keupayaan badan menggunakan lemak untuk tenaga. Menghalang
tubuh dari menyimpan lemak berlebihan dan merangsang pembakaran lemak.

Silk White Body Wash - mencerahkan bahagian tepi-tepi atau kelepet-kelepet bibir vagina yang hitam. Membersihkan bahagian tepi-tepi yang hitam di celahan kelangkang. Membaik pulih bahagian klitoris yang hitam memerahakan semula.

Satin White Body Lotion - membantu mengetatkan, nampak smart, cekang, alat sulit tidak nampak gelebeh dan tidak nampak buruk. Tidak rogeh bagi yang telah melahirkan anak bahagian vagina sudah tidak cekang, berkedut dan menggelebeh. Dapat membaik pulih shape dan bagi ketat otot dalam vagina. Bahagian luar bibir vagina nampak kemas dan rapat.
Cik Yusliza dari Johor Bahru (Umur 26 tahun)

“Saya akan berkahwin sebulan lagi, sebelum ini saya amalkan mencabut bulu pada kemaluan tapi saya dapati bahagian kemaluan saya biji-biji merah dan bernanah, saya ingin tahu cara dan produk untuk membuang bulu pada alat sulit”.

Jawapan :

                         
Kesan - kesan mencabut bulu bahagian kemaluan

Bahagian kemaluan sangat sensitif dan liang roma bahagian kemaluan lebih besar berbanding liang roma bahagian badan yang lain.

Kuman senang serap masuk dalam liang roma dan terus kebahagian urat saraf, urat saraf berdekatan di bahagian liang roma dan boleh mendapat jangkitan kuman.

Bahagian kemaluan tiada otot akan menyebabkan kemaluan akan rogeh, kendur dan gelebeh dengan cepat.
    
                     
Cara nak membuang bulu kemaluan menggunakan produk
                                                    
Zai's Beauty Formula

Gunakan pencukur wanita atau gunting (trim)

Sapu
Silkwhite pada bahagian dalam dan luar kemaluan untuk mencerahkan pelipat yang gelap atau parut dan memerahkan semula klitoris.
lJika bahagian kulit luar kemaluan radang atau keluar biji-biji merah digalakkan sapu Jus Tamusari.

Guna
HairGone selepas 3 hari bercukur untuk mematikan akar bulu dan menghaluskan bulu serta melambatkan pertumbuhan bulu dan sapu satin pada bahagian yang dicukur dan bahagian dalam kemaluan untuk kurangkan keputihan dan bau.
Puan Suhana dari Tampin (Umur 32 tahun)   

“Saya nak tau mengenai produk rambut Zai's Beauty Formula, sebelum ini saya pakai produk Loreal untuk masalah kelemumur tapi produk saya semakin banyak gugur selepas guna produk ini”.

Jawapan :

Antara sebab-sebab kerosakan dan keguguran rambut:

Radang kulit kepala akibat penggunaan produk penjagaan rambut seperti syampu, conditioner dan produk dandanan rambut yang lain.

Penggunaan sikat yang tidak sesuai seperti tajam dan kasar.

Dandanan rambut seperti mewarnakan, mengkerinting atau meluruskan rambut.

Rambut diikat dalam keadaan basah, bertudung semasa rambut masih basah atau lembab.

Tidak menjaga kebersihan rambut.

Terlalu kerap mencuci rambut.

Penyakit, stress, kurang zat akibat berdiet, kurang tidur dan sebagainya.

Cuaca yang panas, lebih berpeluh dan kulit kepala menjadi lebih berminyak. Ini menyebabkan seseorang itu akan lebih kerap bersyampu rambut dan mula menggunakan syampu berubat yang lebih kuat. Kimia dalam syampu akan menyebabkan radang pada kulit kepala, bahagian radang akan menjadi kemerahan ini akan bertambah dari masa ke semasa. Kulit kepala akan bertambah gatal. Lama kelamaan bahagian radang akan membesar. Kerosakan pada kulit kepala akan menyebabkan rambut gugur pada bahagian kulit radang. Apabila kulit kepala menjadi radang, kuman masuk melalui pundi rambut, membiak dan akhirnya menyebabkan rambut terpisah dari dinding pundi rambut, minyak masuk berlebihan ke dalam pundi rambut dan akhirnya mengganggu peredaran darah di bahagian rambut, menyebabkan kematian rambut dan ia gugur.
            
Puan Siti Salmiyah dari Seberang Prai (umur32 tahun)

“Saya mengalami masalah keputihan yang agak kritikal hingga mengeluarkan cecair kehijauan dan berbau terutama selepas bersama suami, semasa bersama suami saya berasa sakit pada bahagian pangkal rahim, saya ada mencuba berbagai jenis pencuci vagina tapi semuanya tidak berkesan malah bertambah teruk, saya rasa malu berdekatan dengan orang, saya ingin mencuba produk Zai's Beauty Formula”.
Jawapan :
Infeksi pada vagina berpunca daripada penggunaan ubatan tradisional yang di gunakan pada faraj yang mengandungi alum, boric acid dan kapur di mana bahan tersebut berpotensi untuk mengering dan mengesatkan faraj. Apabila bersetubuh pendarahan mudah terjadi kerana faraj terluka, keadaan ini boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kulat berlaku pada vagina, bahan pencuci vagina yang biasanya berbuih mengandungi bahan kimia pelelas seperti SLS (Sodium Laureth Sulfate), pewarna iso butane, isopropymyristate, mineral oil, aikohol, hydrated silica, magnesium stearate, benzyl alkohol, propelyene glycol dan paraben dapat diserap melalui dinding faraj dan masuk ke dalam aliran darah. 
Produk untuk penjagaan alat sulit dan pemakanan untuk kesihatan dalaman

Jus Tamusari - guna pada vagina sebagai pembersih, dapat mengetatkan bahagian otot - otot tepi yang rogeh atau berkedut. Bagus untuk masalah keputihan yang banyak dan mengurangkan bau pada vagina, gatal, radang, ruam dan jangkitan kuman serta melecet.

Jus Nilamsani - memulihkan rahim, mengetatkan otot vagina, kuatkan kemutan dan sebagainya.

Silk White Body Wash - mencerahkan bahagian tepi - tepi atau kelepet - kelepet bibir vagina yang hitam. Membersihkan bahagian tepi - tepi yang hitam di celahan kelangkang. Membaik pulih bahagian klitoris yang hitam dan memerahkan semula.

Satin White Body Lotion - membantu mengetatkan, tegang, alat sulit tidak gelebeh dan tidak nampak buruk. Tidak rogeh bagi yang telah melahirkan anak bahagian vagina sudah tidak tegang, berkedut dan menggelebeh. Dapat membaik pulih bentuk dan mengetatkan otot vagina. Bahagian luar bibir vagina nampak kemas dan rapat.

*Selain itu perlu elekkan makan makanan yang sejuk seperti labu, tembikai, timun, taugeh, cendawan dan sebagainya.

*Elakkan pakai seluar yang ketat seperti seluar jeans kerana tidak ada pengudaran yang baik.

*Pakai seluar dalam dari kain jenis cotton.

*Jaga kebersihan diri.



*Tukar seluar dalam jika berpeluh dikuatiri nudah jangkitan kuman jika keadaan lembap


Cik Masrita dari Alor Gajah (umur 30 Tahun)

“ Saya telah memakai pelbagai jenis produk yang boleh memutihkan kulit, hingga saya perasan  ada tompok - tompok putih mula keluar, produk apa yang disyorkan untuk menghilangkannya, semakin hari bertambah besar dan rasa tidak selesa sebab gatal”.
Jawapan :

Permulaan sopak biasanya akan mengalami kegatalan di kulit.

Pastikan tidak sesekali menggaru jika gatal kerana kuku boleh menyebabkan sopak boleh merebak lagi banyak.

Perlu elakkan bahan pewangi seperti minyak wangi, pencuci muka, krim muka, syampu dan lain - lain yang mengandungi pewangi kerana satu bahan dalam pewangi yang belum dapat dikesan boleh menyebabkan seseorang elergi dan sensitive, mendapat sopak walaupun tidak ada keturunan sopak. Jika sudah adaboleh menyebabkan sopak makin merebak.

Digalakkan kerap makan buah oren (bukan pemakanan yang berunsurkan vitamin C)


Produk Muka Yang Disyorkan.

Rekomendasi produk muka berdasarkan keadaan kulit muka seseorang. Tetapi bagi masalah yang dihadapi disyorkan saudari datang di salah satu cawangan kami yang berhampiran supaya beauty terapis dapat melihat dengan lebih jelas dan membantu masalah kulit yang sedang saudari hadapi sekarang
Puan Farah dari Subang Jaya (umur 42 tahun)

“ Saya telah menggunakan krim pemutih kulit. Pada mulanya, wajah saya bertambah cerah. Kulit saya tidak menggelupas teruk, hanya sedikit radang dan kemerahan. Tetapi lepas beberapa bulan, saya dapati pigmentasi kulit makin bertambah dan membesar. Pigmentasi saya dahulu timbul secara tompok - tompok  kecil tetapi sekarang nampak seperti “topeng”. Apa terjadi dengan kulit saya......? adakah kesan lain yang akan timbul jika saya memakai krim pemutih??  Adakah produk Zai's boleh membantu menyelesaikan masalah saya......?

Jawapan :

Krim pemutih memang mengandungi bahan - bahan penggelupasan yang juga boleh menghakis kulit.

Pada awalnya kulit nampak cerah kemerahan tetapi lapisan kulit menjadi bertambah nipis.

Untuk cuba melindungi kulit nipis daripada pancaran UV matahari serta panas haba, sel - sel 'melanosite' dalam lapisan kulit akan mula mengeluarkan lebih banyak pigmen gelap iaitu melanin.

Ini menyebabkan kulit yang pada mulanya cerah bertukar dan mulai berpigmentasi dengan banyak serta berubah menjadi gelap.

Kulit nipis juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit KANSER KULIT.

Ada juga sesetengah bahan pemutih dalam produk boleh meresap ke salur darah di bawah lapisan kulit dan pergi ke organ penting seoerti buah pinggang, hati, paru - paru lalu boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Bahan ini juga boleh membahayakan bayi dalam kandungan yang bakal dilahirkan oleh wanita hamil yang menggunakan produk pemutih tersebut.
lElakkan memakan makanan seperti buah sitrus (oren, kiwi dsb). Selain itu elakkan daripada terdedah pada pancaran matahari di mana boleh menimbulkan pigmentasi. Saudari tidak perlu risau.

Dapatkan produk Zai's iaitu Beauty Serum untuk membantu memudarkan masalah pigmentasi saudari.
Produk penjagaan rambut Zai's Beauty Formula yang
                                   
boleh membantu masalah saudari.

Babydoll
Syampu unik yang dapat mengeluarkan oksigen yang dapat merangsang peredaran darah menambah pembuangan toksin dan membersihkan liang-liang rambut yang tersumbat, Babydoll berfungsi untuk mencuci hingga ke akar rambut. Menyerap minyak, debu dan kotoran. Membunuh kuman.

Seduce
Merangsangpenumbuhan sel-sel baru. Ini menggalakkan pengeluaran rambut, menguatkan akar rambut, melebatkan serta mengelakkan keguguran rambut. Juga dapat membaik pulih radang kulit kepala dan menambahkan zat-zat penting untuk kesihatan kulit kepala dan rambut.

Combi
Merangsang pengeluaran melanin  dan menyamaratakan warna rambut, mencegah dan mengawal uban dan menjadikan rambut hitam berkilat.


Puan Munirah dari Melaka (Umur 29 tahun)

Setiap Kali menggunakan eye makeup remover mata saya berair dan pedih. Bahayakah penggunaanya dan apa kesan sampingan akibat daripada penggunaan eye make-up remover?
Jawapan :

Boleh menyebabkan seseorang itu kerosakan kornea mata, radang selaput mata, dalam jangka masa panjang & menyebabkan kekaburan.

Ketinggian kandungan minyak dalam eye make-up remover boleh menyebabkan radang kulit di sekeliling mata iaitu milia. Milia ialah bintik -  bintik putih yang kecil timbul & kadang kala membesar yang nampak seakan-akan deposit lemak pada kulit. Keadaan deposit lemak yang timbul di bahagian mata di kaitkan dengan ketinggian kolestrol dalam darah atau di kenali sebagai bintil kolestrol tinggi.

 
Sila Ke Atas
Sila Ke Atas
Sila Ke Atas
Sila Ke Atas
Untuk
Nama
Umur
E-mail  Anda
Masaalah Anda Yang Mahu Dikongsi Bersama
Bandar
Negeri
Jika Anda Mahu Menyertai Sudut Soal Jawab, sila gunakan borang berikut untuk bertanya kepada kami. Hanya Borang yang lengkap sahaja akan dilayan. Terimakasih.
Sebarang Pertanyaan Sila Klik DiSini